Cantik Cara Citra dengan Blogerrati by Nuffnang – Aida Sue ← Kembali

Saya memang suka bau wangi-wangi ni. Paling suka masuk kedai bunga atau kedai minyak aromaterapi sebab baunya menenangkan. Kalau saya nak cari minyak wangi atau losyen pun, saya memang cari bau yang tenang macam ni. Sebab kepala saya ni memang tak boleh masuk dengan bau yang kuat.

Dan setiap orang lepas mandi mesti ada rutin sendiri kan. Dah tentu kita selalu nak wangi-wangi, cantik-cantik. Macam saya, saya suka sapu losyen lepas mandi. Bila pakai rasa kulit tak kering dan kusam. Baru-baru ini saya sempat cuba losyen popular yang boleh didapati dengan mudah. Losyen juga membantu kulit kita lembap dan terhidrat tau.

Nak tahu apa punca kulit kita hilang seri dan kusam?

  1. Penggunaan penghawa dingin
  2. Sinar UV dari matahari
  3. Merokok
  4. Alkohol
  5. Mandi menggunakan air panas
  6. Kurang minum air putih
  7. Tidak menggunakan pelindungi cahaya pada malam hari dan body lotion pada malam hari dan juga siang hari.
  8. Menggunakan sabun anti bakteria secara terus-menerus
  9. Terlalu banyak melakukan scrubbing pada kulit lebih dari 3 kali selama satu minggu

Losyen badan Citra sememangnya tidak asing lagi kerana sudah bertahun bertapak di Asia Tenggara. Lagipun bersesuaian dengan misi Citra yang memberikan inspirasi dan memperkasakan wanita untuk mempunyai kulit yang sihat dan cerah sempurna disamping membantu wanita mencapai apa yang mereka inginkan.

Disebabkan saya ni selalu travel dan on-the-go, saya selalu akan beli losyen Citra dalam dua saiz, kecil iaitu bersaiz 120ml dan besar 240ml. So yang kecil tu boleh bawa travel!

Apa yang aida suka mengenai losyen Citra

 

Pembungkusan

Botol losyen Citra ni mudah untuk dipegang dan dibuka. Lagipun packaging dia nampak classy dan best!

 

Bahan yang digunakan

Dah tentu bahan yang terkandung di dalam produk Citra menjadi sebab utama kenapa ia menjadi pilihan wanita dan juga pengguna di luar sana. Citra ni memang sinonim dengan menggunakan bahan natural dan memberi banyak khasiat untuk kulit kita. Selain itu juga losyen Citra ni memberi kesan pemutihan secara semulajadi, so yang tu part paling saya suka.

 

1. Mangir Jawa ( Golden Glow )

Mangir Jawa kalau di Indonesia adalah lulur badan yang diperbuat daripada campuran bahan-bahan semula jadi seperti kunyit, serbuk beras, temu giring dan kunyit. Banyak manfaat Mangir Jawa ni sebenarnya untuk memastikan kulit sentiasa cerah dan bersih. Selain itu juga, ia membantu melindungi kulit dari sinaran matahari dan juga membantu melembapkan kulit kita. Yang paling menarik, Mangir Jawa ni sebenarnya adalah rahsia kenapa kulit wanita Indonesia sinonim dengan kulit kuning langsat cantik berseri.

 

2. Mutiara Korea ( Pearly White UV )

Mutiara merupakan bahan yang berharga dan mahal harganya, dan dari dulu memang serbuk mutiara ni tidak asing di dalam mencantikkan wajah. Oleh itu Citra mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan losyen Citra Mutiara Korea – Pearly White UV yang memberi manfaat mencerahkan wajah dan memberikan kulit yang lembut serta sekata.

 

3. Bengkoang Indonesia ( Natural White UV )

Ini adalah salah satu produk Citra yang dapat melindungi kulit dari sinaran cahaya UV iaitu Citra Lasting White UV yang mengandungi bengkoang dan susu. Ia boleh dipakai pada siang hari kerana mengandungi pelindung UV, kira macam pakej 2 dalam 1!

 

UV Protection

Untuk siang hari, pastikan anda memakai losyen badan yang mengandungi UV protection. Kenapa ia penting? Fungsi UV protection ini adalah untuk melindungi kesan buruk dari sinar matahari seperti kulit yang cepat kering, penuaan awal dan juga cepat berkedut.

Tekstur & Bau

Tesktur losyen Citra memang best! Senang disapu pada kulit dan juga cepat meresap. Selain itu, losyen Citra juga tidak melekit, jadi sesuai dipakai di negara kita memandangkan cuaca yang panas dan lembap.

Ketiga-tiga losyen Citra mempunyai bau yang tersendiri. Favourite saya adalah Bengkoang Indonesia (Natural White UV ) di mana baunya amat lembut dan sedap je. Bagi yang suka bau yang seakan-akan bau bunga yang lembut, anda digalakkan membeli losyen ini. Bagi yang sukakan bau menyenangkan seperti bau Mangir Jawa, dan inginkan kulit kuning langsat, apa kata cuba losyen CITRA GOLDEN GLOW ( Mangir Jawa ).

Perbezaan tangan kanan dan kiri yang memakai losyen Citra. Nampak lebih putih dan tidak kusam!

 

Harga

Harga yang ditawarkan memang amat-amat mampu milik. Tak perlu bayar lebih untuk produk terbaik macam ni. Harga di pasaran bermula RM5.90 untuk botol 120ml manakala RM9.50 untuk botol 250ml.

 

Facebook Citra

Bagi yang ingin mencuba losyen Citra dan untuk pertanyaan lebih lanjut, sis semua boleh follow Facebook Citra (https://www.facebook.com/malaysiacitra/?fref=ts).

BELI DI E-STORE:

BOLEH DIDAPATI DI:

InsyaAllah memang berbaloi pakai losyen Citra ni. Selamat mencuba dan jom #CantikCaraCitra!