TIP #CANTIKCARACITRA

Manfaatkan kurniaan alam semula jadi untuk kesihatan kulit anda! ← Kembali

Keempat-empat yang berikut mampu membantu kulit anda supaya nampak lebih sihat, cerah dan berseri.

#1 – Mutiara
Mutiara kaya dengan anti-oksidan, amino asid dan mineral yang boleh mambantu menyegarkan kulit serta menyumbang kepada pengeluaran kolagen secara semula jadi. Ia dikenali sebagai bahan berharga yang digunakan oleh para bangsawan Asia dari generasi ke generasi untuk membantu menjadikan kulit cerah bercahaya bagaikan kilau mutiara.

#2 – Bengkoang
Bengkoang mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan beta-carotene yang amat diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat. Kandungan Vitamin A dan C yang tinggi juga boleh membantu mencerahkan kulit secara semula jadi. Selain itu, ia juga mengandungi anti-oksidan yang boleh membantu meremajakan kulit.

#3 – Mangir
Mangir sangat berkhasiat untuk menghaluskan dan memelihara kulit agar kekal kuning langsat, cerah dan segar.

#4 – Minyak Biji Anggur
Minyak biji anggur mengandungi vitamin dan anti-oksidan yang mampu melembap, menganjal serta meremajakan kulit.

BACA INI